dr.aku.la

Blog Dari Aku La..

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010,” katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

malaysiakini.com

raya hari jumaat! da confirm da.
Dengan itu saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir dan batin buat semua!
senyum selalu!

Categories: Berita