Anugerah Juara Lagu ke-24
Gambar: ajl.tv3.com.my
Anugerah Juara Lagu (AJL) 24 yang terbaik setakat ini yang pernah dianjurkan TV3 dalam sepanjang sejarah pengajuran AJL. Bukan sahaja penganjurannya sahaja, bahkan finalis-finalis yang bertanding bukan calang-calang, malah mereka telah memberikan persembahan yang hebat pada malam itu.
Tahniah kepada pemenang!
Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL 24) 2010
Juara Lagu
Penyanyi: Aizat
Lagu: Pergi
Naib Juara
Penyanyi: Yuna
Lagu: Dan Sebenarnya
Tempat Ketiga
Penyanyi: Faizal Tahir
Lagu: Bencinta
Persembahan Terbaik
Penyanyi: Aizat
Lagu: Kau Aku
Vokal Terbaik
Penyanyi: Black
Lagu: Aku Rindu Sayang Kamu
Lagu Pergi cukup sempurna
www.bharian.com.my
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Nurul Hisham Abdul LatiffRAMALAN ramai tersasar, bukan Bencinta mahupun Cinta Adam & Hawa tetapi lagu Pergi ciptaan Pete Teo yang seni katanya ditulis oleh Amran Omar diangkat sebagai Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24.
Lagu Pergi yang dinyanyikan Aizat memang turut dijangka berpotensi bergelar juara, namun jangkaannya tidak sebesar Bencinta atau Cinta Adam & Hawa.
Lagu Pergi mula popular selepas filem Talentime. Lagu itu pada asalnya didendangkan dalam bahasa Inggeris dengan judul I Go juga dinyanyikan penyanyi sama. Kemenangan itu melayakkan komposer, penulis lirik dan penyanyinya berkongsi wang tunai kemenangan berjumlah RM35,000. Sayangnya Pete Teo dan Amran Omar tidak hadir pada malam itu untuk berkongsi kegembiraan.
selanjutnya…