dr.aku.la

Blog Dari Aku La..

Masih Ada Yang Susah

tahniah kepada pihak-pihak yang membantu menjayakan hasrat keluarga ini untuk melihat anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sepatutnya mereka perolehi.
aku rasa masih ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti mereka ini.

Adik-beradik malang mulakan persekolahan
malaysiakini.com
01 Feb 2010

Empat beradik malang yang tidak pernah bersekolah kerana kesempitan hidup keluarga mereka dan tidak mempunyai sijil kelahiran, memulakan persekolahan mereka hari ini.
Mohd Fais Abdullah, 12, Muhammad Fahmi, 10, dan Farranadwa, 9, kini belajar dalam tahun enam, empat dan tiga di Sekolah Kebangsaan Sikamat (SKS) di Seremban.

Manakala abang mereka, Muhammad Hafis, 13, belajar di tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mohd Redza, Sikamat.

Empat beradik itu tinggal bersama emak saudara mereka, Maswira Muhamed Ali, 51, yang merupakan ibu tunggal di Rumah Rakyat Sikamat.

Walaupun mereka berempat sudah ketinggalan jauh kerana sepatutnya mereka sudah mula bersekolah ketika berusia tujuh tahun, tetapi nyata mereka amat gembira.

…selanjutnya

Categories: Berita
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, masih ada sinar untuk mereka. Terima kasih kepada pihak media yang membuat pendedahan macam ni. Masih belum terlambat untuk “Mohd Fais Abdullah, 12, Muhammad Fahmi, 10, dan Farranadwa, 9” untuk mengejar impian dan harapan.
3 February 10 at 10:59
KEsian….negara kita sebenarnya masih ada rakyat yang sangat daif…kesian…patut ada pihak yang mengesan orang2 cam ni…utk dibantu…
3 February 10 at 21:53