dr.aku.la

Blog Dari Aku La..

Dah Jumpa!

2 enjin jet TUDM dijumpai di Uruguay
malaysiakini.com
05-Feb-2010
Kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, kata Peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.
…selanjutnya

6 February 2010 at 04:49 - Comments

Masih Ada Yang Susah

tahniah kepada pihak-pihak yang membantu menjayakan hasrat keluarga ini untuk melihat anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sepatutnya mereka perolehi.
aku rasa masih ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti mereka ini.

Adik-beradik malang mulakan persekolahan
malaysiakini.com
01 Feb 2010

Empat beradik malang yang tidak pernah bersekolah kerana kesempitan hidup keluarga mereka dan tidak mempunyai sijil kelahiran, memulakan persekolahan mereka hari ini.
Mohd Fais Abdullah, 12, Muhammad Fahmi, 10, dan Farranadwa, 9, kini belajar dalam tahun enam, empat dan tiga di Sekolah Kebangsaan Sikamat (SKS) di Seremban.

Manakala abang mereka, Muhammad Hafis, 13, belajar di tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mohd Redza, Sikamat.

Empat beradik itu tinggal bersama emak saudara mereka, Maswira Muhamed Ali, 51, yang merupakan ibu tunggal di Rumah Rakyat Sikamat.

Walaupun mereka berempat sudah ketinggalan jauh kerana sepatutnya mereka sudah mula bersekolah ketika berusia tujuh tahun, tetapi nyata mereka amat gembira.

…selanjutnya

2 February 2010 at 10:00 - Comments

Ada Apa Dengan Puyuh?

jam menunjukkan tepat jam 11.50 malam 31 Januari 2009.
ini bermakna aku hanya ada lebih kurang 10 minit untuk menyiapkan artikel ini untuk disubmit sebelum wisel tamat pertandingan FuhyooFM review contest ditiupkan.

let’s get back to topic.
ada apa dengan puyuh?
sebut betul-betul FuhyooFM (bukan puyuh ye)
ada apa dengan FuhyooFM?

FuhyooFM adalah sebuah radio internet yang bersiaran 24 jam di bawah kelolaan Fitrah Media Enterprise yang berkonsepkan hiburan dan disulamkan dengan slot-slot ilmiah.
yang menarik perhatian aku adalah slot kelolaan blogger. ya! blogger! siapa kata blogger tak boleh jadi dj? menarik bukan?

sambil melayan lagu-lagu radio internet terkini FuhyooFM aku menulis artikel ini.
kau juga boleh melayan radio ini dengan menekan butang play di atas.

bagi yang menggunakan Ubuntu seperti aku jangan risau.
anda hanya perlu buka aplikasi “movie player” dan open location ini: http://174.120.183.111:8000
tu dia… FuhyooFM akan kedengaran di pc kau. mudah bukan.

kalau nak best lagi. kalau korang ade blog sendiri dan ingin berkongsi bersama kemeriahan FuhyooFM ni korang boleh letakkan kod seperti di bawah ke dalam blog korang.
sharing is caring kan?

<object classid="clsid:6bf52a52-394a-11d3-b153-00c04f79faa6" width="300" height="150" codebase="http://activex.microsoft.com/activex/controls/mplayer/en/nsmp2inf.cab#Version=5,1,52,701"><param name="stretchtofit" value="true" /><param name="url" value="http://174.120.183.111:8000" /><param name="src" value="http://174.120.183.111:8000" /><embed type="application/x-mplayer2" width="450" height="150" src="http://174.120.183.111:8000" url="http://174.120.183.111:8000" stretchtofit="true"></embed></object>

malah ada disediakan FuhyooFM toolbar widget tapi untuk pengguna internet explorer sahaja. 🙂
maklumat lebih lanjut boleh dapatkan di sini.

31 January 2010 at 23:59 - Comments

Digg kini 5 tahun.

14 Million Stories, Half a Billion Diggs, 1883 Days…and counting

29 January 2010 at 08:36 - Comments

Aduhai Aduka Taruna

Credit: rohaizad.com (Klik Gambar Untuk Lebih Jelas)

berita ini telah banyak kita baca dan dengar namun pada mulanya aku baca di blog milik rohaizad.
dunia blogger malaysia digemparkan dengan satu kelantangan seorang blogger yang dikenali dengan aduka taruna.
untuk apa dan kenapa beliau menerbitkan artikel sedemikian rupa menjadi tanda tanya dan menimbulkan kemarahan banyak pihak.
blogger mesti bijak dengan penulisannya.
walaupun artikel tersebut telah ditarik balik (delete) dan aduka telah meminta maaf secara terbuka ia tetap mendapat perhatian banyak pihak terutama pihak kerajaan dan media massa.
terpulang kepada masing-masing untuk menilai.
namun aku menentang penulisan seperti ini.

24 January 2010 at 12:00 - Comments

Kemangkatan Sultan Johor

Sultan Johor Mangkat
malaysiakini.com
Jan 22, 10 11:30pm
Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.
Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang esok.

Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.
…selanjutnya

setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. itu pasti.
salam takziah buat semua rakyat negeri Johor.
al-fatihah…

22 January 2010 at 22:00 - Comments

Anugerah Juara Lagu ke-24


Gambar: ajl.tv3.com.my

Anugerah Juara Lagu (AJL) 24 yang terbaik setakat ini yang pernah dianjurkan TV3 dalam sepanjang sejarah pengajuran AJL. Bukan sahaja penganjurannya sahaja, bahkan finalis-finalis yang bertanding bukan calang-calang, malah mereka telah memberikan persembahan yang hebat pada malam itu.
Tahniah kepada pemenang!

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL 24) 2010
(more..)

11 January 2010 at 10:00 - Comments

Isu Kalimah Allah : Gereja Dibaling Bom Petrol

Kenapa perlu jadi begini.
Tidak perlu keganasan.
Jangan sebab “nila setitik rosak susu sebelanga”

Gereja hangus dibaling bom petrol
Malaysiakini.com
kemaskini 12.10pm Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya hangus terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.
selanjutnya…

8 January 2010 at 19:18 - Comments

Selamat Tahun Baru 2010

Kepada semua pembaca selamat menyambut tahun baru 2010.
semoga tahun yang mendatang lebih baik daripada sebelumnya.

1 January 2010 at 00:00 - Comments

Keluarkan duit paypal melalui bank tempatan

paypal

Kalau dulu pengguna paypal boleh mengeluarkan duit paypal melalui kat Maybank Visa Debit seperti yang dilaporkan on En. Rohaizad di link#1 dan link#2.
Sekarang pengguna paypal Malaysia sudah boleh keluarkan duit anda melalui transaksi fund transfer ke bank tempatan Malaysia .
(more..)

16 November 2009 at 15:16 - Comments