“Tidak, tetapi adakah Malaysia mahu setaraf dengan mereka? Malaysia adalah pilihan utama sebagai destinasi pelaburan, tetapi perbezaan antara Malaysia, Indonesia dan Vietnam semakin hilang.”
Kata Timbalan Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin ketika ditanya jika kelajuan Internet di Malaysia adalah lebih perlahan daripada negara-negara jiran – petikan dari malaysiakini.com
Sedang aku mem”blog-hopping” pagi2 ni. Tertarik aku kat satu artikel rohaizad.com pasal internet lembab kat malaysiakini.com.
Sudah berulang-ulang kali disuarakan pengguna internet se-malaya akan kehampehan speed internet yang kononnya pantas.
Akhirnya disampaikan secara terbuka oleh Timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia- Australia, Michael Halpin selepas memberi ucapan di majlis makan tengah hari dengan pegawai kerajaan negeri Selangor, wakil-wakil majlis perniagaan dan kedutaan asing. Klik sini untuk membaca berita penuh dari malaysiakini.com
“Dan ingatkan bahawa harga keamanan ini adalah terlalu mahal dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bagi sesiapa yang cuba memporak-perandakan perpaduan maka merekalah yang sebenarnya menghancurkan keamanan,”
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menjawab sesi pertanyaan bagi jawapan lisan di Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas – sumber: malaysiakini.com
Universiti Malaya (UM) – yang merupakan tertua di Malaysia – kini muncul antara 200 universiti terbaik dunia, demikian menurut senarai terkini Times Higher Education-QS.
Menurut senarai terbaru itu, UM telah berjaya memperbaiki kedudukannya dari tangga 230 tahun lalu, kepada 180 tahun ini.
Ini bermakna, UM telah berjaya melonjak naik sebanyak 50 anak tangga dalam senarai terbaru Times Education-QS itu. – malaysiakini